Ø Hikmah berpuasa dan Kelebihan bulan Ramadan
- Ketibaan Ramadan ,umat Islam di seluruh pelusuk dunia serentak mengerjakan ibadah puasa dalam satu masa tertentu.Kesatuan hati dan niat tulus ikhlas ini dilakukan semata-mata untuk mengabdikan diri terhadap Allah SWT.
- Dengan diwajibkan berpuasa,semua golongan Islam,kaya dan miskin,berada dan tidak berada,terpaksa menempuh ujian yang sama.Dengan berpuasa menimbulkan keinsafan dan persaan bertimbang rasa serta kasih-mengasihi sesame umat Islam.
- Amalan berpuasa melahirkan jiwa insan yang selalu taat kepada Allah,justeru itu akan lahir pula ketenangan jiwa dan ketakwaan.
- Dari segi kesihatan,perut yang melalui proses berpuasa dapat dibersihkan sekaligus beberapa penyakit yang terdapat di dalam tubuh badan manusia dapat diatasi.
- Puasa itu dapat disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai separuh daripada kesabaran.
- Orang yang berpuasa lebih disayangi Allah,selamat daripada api neraka dan menghapuskan dosa-dosa kecil.
- Kedatangan Ramadan ada keistimewaannya kerana dianjurkan ibadah solah Terawih,disamping itu diwajibkan juga zakat fitrah keatas golongan yang mampu sebagai satu kewajipan membantu insane Muslim yang lain khususnya mereka yang dhaif.
- Diriwayatkan daripada hadis:Maksudnya:Sesiapa berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharap balasan daripada Allah SWT diampunkan dosa-dosa yang lalu
- Ketibaan Ramadan menandakan terbukanya pintu-pintu syurga ,ditutupi ointu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan.
- Malam Nuzul Al-Quran (17 Ramadan)merupakan saat penting al-Quran diturunkan dari langit ke dunia untuk menjadi pedoman manusia hingga keakhir zaman.
- Terdapatnya Lailatul Qadar iiatu satu malam yang padanya terdapat saat penuh keberkatan menyamai 1000 bulan(83 tahun 3 bulan)ganjaran pahalanya daripada Allah SWT.
Ø Adab-adab berpuasa:
- Menjauhkan diri daripada perkara-perkara maksiat seperti mengumpat,memfitnah,mengeji,mencela serta mengeluarkan kata-kata kesat
- Mengelakkan dan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mmebatalkan puasa
- Menahan diri daripada mengikut kehendak nafsu.
- Bersederhana ketika berbuka puasa dan makan sahur
- Mengurangkan tidur terutamanya pada waktu siang
- Hendaklah sentiasa melakukan perkara-perkara yang baik seperti membaca al-Quran dan berzikir.
- Berazam untuk menjadikan ibadat puasa yang dilakukan itu merupakan sebaik-baik ibadat dan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.
- Sentiasa berfikir hikmah disebalik melakukan ibadat puasa.
0 comments:
Post a Comment