Pages

Powered by Blogger.

Friday 16 November 2012

HIKMAH DAN ADAB BERPUASA


Ø Hikmah berpuasa dan Kelebihan bulan Ramadan


  1. Ketibaan Ramadan ,umat Islam di seluruh pelusuk dunia serentak mengerjakan ibadah puasa dalam     satu masa tertentu.Kesatuan hati dan niat tulus ikhlas ini dilakukan semata-mata untuk mengabdikan diri terhadap Allah SWT.
  2. Dengan diwajibkan berpuasa,semua golongan Islam,kaya dan miskin,berada dan tidak berada,terpaksa menempuh ujian yang sama.Dengan berpuasa menimbulkan keinsafan dan persaan bertimbang rasa serta kasih-mengasihi sesame umat Islam.
  3. Amalan berpuasa melahirkan jiwa insan yang selalu taat kepada Allah,justeru itu akan lahir pula ketenangan jiwa dan ketakwaan.
  4. Dari segi kesihatan,perut yang melalui proses berpuasa dapat dibersihkan sekaligus beberapa penyakit yang  terdapat  di dalam tubuh badan manusia dapat diatasi.
  5. Puasa itu dapat disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai separuh daripada kesabaran.
  6. Orang yang berpuasa lebih disayangi Allah,selamat daripada api neraka dan menghapuskan dosa-dosa kecil.
  7. Kedatangan Ramadan ada keistimewaannya kerana dianjurkan ibadah solah Terawih,disamping itu diwajibkan juga zakat fitrah keatas golongan yang mampu sebagai satu kewajipan membantu insane Muslim yang lain khususnya mereka yang dhaif.
  8. Diriwayatkan daripada hadis:Maksudnya:Sesiapa berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharap balasan daripada Allah SWT diampunkan dosa-dosa yang lalu
  9. Ketibaan Ramadan menandakan terbukanya pintu-pintu syurga ,ditutupi ointu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan.
  10. Malam Nuzul Al-Quran (17 Ramadan)merupakan saat penting al-Quran diturunkan dari langit ke dunia untuk menjadi pedoman manusia hingga keakhir zaman.
  11. Terdapatnya Lailatul Qadar iiatu satu malam yang padanya terdapat saat penuh keberkatan menyamai 1000 bulan(83 tahun 3 bulan)ganjaran pahalanya daripada Allah SWT.

Ø Adab-adab berpuasa:
  1. Menjauhkan diri daripada perkara-perkara maksiat seperti mengumpat,memfitnah,mengeji,mencela serta mengeluarkan kata-kata kesat
  2. Mengelakkan dan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mmebatalkan puasa
  3. Menahan diri daripada mengikut kehendak nafsu.
  4. Bersederhana ketika berbuka puasa dan makan sahur
  5. Mengurangkan tidur terutamanya pada waktu siang
  6. Hendaklah sentiasa melakukan perkara-perkara yang baik seperti membaca al-Quran dan berzikir.
  7. Berazam untuk menjadikan ibadat puasa yang dilakukan itu merupakan sebaik-baik ibadat dan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.
  8. Sentiasa berfikir hikmah disebalik melakukan ibadat puasa.


Puasa itu apa ya?





BERPUASA DARI SEGI BAHASA

Menahan diri daripada melakukan sesuatu.

Sebagaimana ayat :-
إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَنِ صَوْمًا فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنْسِيا
Maksudnya : Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini.[ Surah Maryam, Ayat : 26 ]


BERPUASA DARI SEGI ISTILAH

Makna Puasa : menahan diri daripada nafsu syahwat, nafsu perut dan dari perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada fajar (masuk waktu subuh ) sehingga terbenam matahari beserta dengan niat untuk berpuasa .

HUKUM PUASA

Wajib ke atas Setiap Muslim yang telah Baligh, Berakal dan Mampu berpuasa.
Puasa juga merupakan kewajipan kepada setiap orang Islam berdasarkan kepada Al-Quran , Hadis, Ijmak ulamak dan Qias. Sebagaimana Firman Allah Taala yang berbunyi :

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.[Surah Al-Baqarah, Ayat : 183]


SYARAT  SAH  PUASA

1.       Islam.
2.      Berakal dan Mumayyiz(tahu membezakan yang baik dan buruk)
3.      Suci/Bebas dari Haid dan Nifas dan dalam waktu dibolehkan berpuasa
4.      Apabila nyata masuknya bulan Ramadhan.


SYARAT  WAJIB PUASA

1.      Islam-Puasa tidak wajib kepada orang yang bukan beragama Islam
2.      Baligh-Tidak diwajibkan puasa kepada mereka yang belum baligh atau belum cukup umur.
3.      Berakal- Orang gila tidak diwajibkan berpuasa.
4.      Sihat-Orang yang sakit /uzur yang akan bertambah sakit jika berdaya puasa atau orang yang terlalu tua tidak diwajibkan puasa tetapi diwajibkan fidyah.
5.      Bermukim-Musafir tidak diajibkan puasa tetapi wajib mengqada(menggantikan)puasa selepas Ramadan.
6.      Suci-Suci daripada haid dan nifas bagi wanita.


RUKUN PUASA




1) Niat.
2) Menahan dari Makan
3) Menahan dari Minum
4) Menahan dari Bersetubuh atau mengeluarkan Mani.
5) Menahan dari Muntah.


PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

1) Memasukkan sesuatu dalam rongga badan.
2) Memasukkan sesuatu ke Qubul dan Dubur
3) Muntah
4) Bersetubuh
5) Mengeluarkan Mani
6) Datang Haid
7) Datang Nifas
8 ) Gila
9) Pengsan


PERKARA SUNAT KETIKA BERPUASA

1) Menyegerakan berbuka puasa.
2)Berbuka puasa dengan buah tamar atau Judah manis yang lain.
3)Membaca doa berbuka.
4) Melewatkan sahur kerana padanya terdapat keberkatan.
5)Memperbanyakkan membaca Al-Quran,berzikir,berselawat,dan membuat amalan kebajikan.
6)Sentiasa bersedekah kepada fakir miskin dan anak-anak yang kurang bernasib baik.
7) Meninggalkan perkataan tidak elok seperti seperti berbohong , mengumpat , menfitnah dan sebagainya daripada perkara-perkara yang haram.
8)Mandi junub lebih awal sebelum masuknya waktu Subuh.


PERKARA MEMAKRUHKAN PUASA 


1.    Selalu berkumur-kumur
2.    Merasa makanan dengan lidah
3.    Berbekam kecuali perlu
4.    Mengulum sesuatu




HARI YANG DIHARAMKAN PUASA 

1) Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal.
2) Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijah.
2) Tiga hari Tasyriq iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijah.
3) Hari syak iaitu hari yang diragui antara 30 Syaaban atau sudak masuk 1 Ramadan.


HARI YANG DISUNATKAN PUASA

1.       Puasa sunat 6 hari (puasa enam)pada bulan Syawal khususnya selepas Aidilfitri (berturut-turut enam hari adalah lebih afdal).
2.       Hari Isnin dan Khamis setiap minggu.
3.       Puasa hari Asyura(10 Muharam).
4.       Puasa 9 Zulhijah (sempena wuquf di Arafah)bagi orang yang tidak mengerjakan haji pada tahun itu.
5.       Puasa hari 13,14 dan 15 setiap bulan.
6.       Puasa hari 28,29 dan 30 setiap bulan.
7.       Puasa Nisfu Syaaban (15 Syaaban).


HARI YANG DIMAKRUHKAN PUASA

1.       Puasa hari Jumaat secara berasingan.
2.       Puasa 15 sehingga 30 Syaaban bagi bukan qada atau puasa sunat yang tidak pernah dilakukan sebelum 15 Syaaban tiba-tiba sampai 15,16,17 dan seterusnya ia  ingin berpuasa sunat.
3.       Berpuasa terus-menerus sepanjang tahun.